RSS
Container Icon
Showing posts with label Ape Citer. Show all posts
Showing posts with label Ape Citer. Show all posts

Kesan Jelas Keruntuhan Moral Manusia Sekarang Nie...

Kid burglars nabbed in Putrajaya

http://my.news.yahoo.com/boys-brag-breaking-houses-putrajaya-disclose-clandestine-activities-121346858.html


Putrajaya (The Star/ANN) - Two boys, aged seven and eight, skipped classes and broke into 26 homes here in a six-month thieving spree, stealing money, shoes, caps, mobile phones, a watch and a portable console game.

With the stolen money, the boys bought shoes and a radio-controlled toy car.

Putrajaya OCPD Asst Comm Abdul Razak Abdul Majid said the two attended the same school and lived within the same government staff quarters in Phase 4C, Section 8 here.

"The boys broke into the homes of residents living in the same apartment block by using keys that the residents hid in shoes and pots near the entrance.

"Some of the residents did not even lock their homes when they left for work," he said during a press conference at the Putrajaya district police headquarters yesterday.

ACP Abdul Razak said it was common for Putrajaya residents not to lock their homes because they assumed Putrajaya was a crime-free city.

"One of the thieving boys' parents also hid their house keys in a shoe. He thus probably got the idea that it was easy to enter people's homes and steal their belongings," he said.

The boys' crime spree lasted for six months before they were caught.

They boasted about their exploits to a friend who then told his father. The father lodged a police report on Oct 27.

None of the boys' victims reported the thefts as they thought it was a small matter.

Police visited the homes of the two boys the day after the report was lodged and when questioned, they admitted to the crimes.

They showed the cops their stash - two pairs of shoes, a watch, two caps, three pen drives, a wallet, 14 ringgit, a mobile phone, bicycle and a portable console game.

ACP Abdul Razak said the boys were too young to be charged and the police had alerted the Welfare Department to look into the matter.

Police have also informed the boys' parents and the school authorities.
=============================================================

Takut Cik Sweets baca artikel nie... risau dan macam2 kerana kita sebagai ibubapa kena amanah dalam menjalankan tanggungjawab.. mcm mana la kite nk menjawab apabila ditanya oleh Allah swt nanti...

Kamu tahu apa yang anak kamu buat...??
Pernah kamu menegurnya tentang perbuatanya??
Pernah kamu menunjuk dan mengajar teladan yang baik seperti yang dikhabarkan kepada kamu di dalam Al-Quran??

Bukan setakat ibubapa dan ahli keluarga tetapi jiran2 juga akan ditanya...
wallahualam..

Ngeriii sehhh....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Upon my beSt Fren Wedding..

Salam..

Dah lama rase x berupdate blog aku nie.. hurmmm. Aper dah jadi ngan blog aku nie.. hadoihaii...
Ni nk citer... 30 Mei 2009 lepas kawan baik aku kawen.. meriah gak..kenduri dia siap ada peraduan teka teki.. soklan dia mcabar minda jugak... lebih kurang camni la bunyik dia.."Dalam byk2 bahagian pokok kelapa..bahagian aper yg tak ader perkataan kelapa bila org sebut.." hahahha.. yg x bleh aku lupe budak kecik umur 5 ke 6 tahun dapat jawab soklan tu...
dapat hadiah per tah... kat cni ader aku tempek gambo ngan si pengantin vogue tu.. hehehhehe
"SELAMAT PENGANTIN BARU LAH YAN.."



Pose maut dari kteorang..hahahha..skang dah sama status... cepat2 dapatkan kwn tuk Aqil hehehehe



Keayuanyer terserlah....



Hehehe.. this pic more valueable... MyB_Me_Alia@Yan

Tapi x sempat nk amik gambo bersama cik abgnyer..coz i'm on rushing going back to hometown at Perak.. huhuhu so sad.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surat dari seorang lelaki...

Assalammualaikum w.b.t.

Gadisku.....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. ......

Gadisku....

Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ...... sudah pasti nya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun ............ . ianya memerlukan pergobanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...

Namun ingatlah gadisku.... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah... .......
 

Gadisku ....

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu. .. Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selpas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.... . Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Gadisku...

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.

Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta... Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ... Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah ..

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.. ......... .

Gadisku..... .

Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..

Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu.. ... Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri"

Sekian..... Wassalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan...

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam
pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero
filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan
tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya).. .

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh
kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus
menyayangi.. .

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya
ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang
begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to
cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan
ni?

heheheheh... ...bukan sy kate..org kater...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kawal Emosi Dalam Percintaan..

Pergaduhan dalam percintaan juga sesuatu asam garam yang membawa kepada manis dan pahitnya bercinta. Percintaan perlu diiringi dengan kekuatan iman, emosi dan fikiran. Jika tidak bertambahlah kejadian yang merosakkan diri apabila gagal dalam percintaan.
Pujangga Hamka ada mengatakan 'Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat' mungkin boleh menjadi pedoman bagi pasangan yang bercinta.
Kata-kata ini juga boleh ditujukan kepada insan yang gagal dalam sesuatu perhubungan bercinta atau perkahwinan untuk membangkitkan semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan yang penuh dengan segala pancaroba ini.
Buktinya, tingkah laku yang merugikan seperti ingin membunuh diri, menyalahkan diri sendiri dan terpenjara dalam perangkap waktu (zaman percintaan) dan tingkah laku yang menjurus kepada emosi dan perwatakan negatif lain akan berlaku apabila masalah cinta atau perhubungan berlaku.
Cinta yang agung dari manusia ialah cinta kepada Pencipta-Nya. Bagi seorang Muslim, cinta kepada Allah adalah cinta sejati.
Bagi cinta sesama insan, percintaan perlu berlandaskan dengan kekuatan diri dan menganggap kegagalan percintaan adalah satu dugaan kehidupan. Ia menguji setakat mana tabahnya manusia menanggung cabaran kehidupan.
Kegagalan dalam perkahwinan, contohnya boleh saja mengganggu jadual kehidupan seharian seseorang insan. Tanpa mengira, suami atau isteri, jika perceraian berlaku tentunya akan memberi kesan kepada emosi dan juga tuntutan zahir dan batin insan. Apatah lagi, apabila ia membabitkan hal berkaitan dengan anak seperti hak penjagaan, masalah kewangan dan pelbagai lagi.
Bukan saja, pasangan yang berkahwin akan terganggu apabila percintaan tidak menjadi. Pasangan yang sedang bercinta juga sering diuji dengan pelbagai keinginan dan tuntutan emosi. Masalah berlaku apabila keinginan diri tidak dapat dipenuhi dengan keinginan pasangan.
Keadaan menjadi sukar apabila pasangan yang bercinta adalah remaja yang masih lagi belum begitu matang dari segi emosi dan fikiran dalam konteks menghadapi dugaan alam percintaan.
Dalam bercinta, emosi tidak boleh terlalu dituruti kerana implikasinya sering kali di luar dugaan. Tingkah laku yang berbahaya seperti cubaan membunuh diri perlu dielak sama sekali.
Natijah kehidupan termasuklah episod bercinta adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Harieta Wahab, seorang pujangga menjelaskan, malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan...

Wallahualam... Doa dan zikir adalah penawar hati yg paling mujarab..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KISAH SEORANG KENALAN (tertelan chewing gum)

Kisah nie ada cerita aku di zaman kanak-kanak seingat aku waktu tu darjah 4. Timetu gula-gula getah nie memang pemes sangat ler kat tv. Masih dulu-duluapa yang best kat tv memang aku ikut, maklumlah bebudak. Gula-gulagetah atau singgam panggilan nama gula tu adalah sesuatu yang menjadi kegemaran antara aku dan kawan-kawan.

Masa tu.. sapa yang pandai buat belon pakai singg
am kat mulut tu kira memang terer bebenor ler antara memember. Masa kecik-kecik kami memang tak nak mengalah nak tunjuk hero antara kami. Berjuihlah bibir aku meniup singgam sampai jadi. Aku ingat lagi bentuk singgamyang aku makan tu warna merah, hijau dan kuning. Bentuk dia bulat,sepeket ada tiga biji. Jenuh mak aku marah supaya jangan beli gula-gulatu sebabnya bukan kenyang aku asyik merenggek mintak duit sebab nakbeli singgam. Mak punyer dalih tak kasik aku beli singgam ialah kalau tertelan singgam tu nantik mati sebab singgam tu akan tersangkut kat jantung pastu berbelit.. bahaya kata mak!

Ah.. dah n
ama bebudak, degil tak boleh cerita, beli jugak singgamsebab nak tunjuk hero sepa yang pandai buat belon antara member. Kiratime tu sepa yang pandai buat belon memang orang respect abis ler..bebudak ler katakan.

Satu hari nak jadi cerita, k
ami reramai makan singgam sebab nak buat belon. Berlumba-lumba ler aku ngan kengkawan buat belon ngan singgam tu. Bila dah macam tu, ada sorang kawan aku buat belon, punyerler besar pastu meletup, bertepek ler singgam kat muka kawan aku tu. Aku tok leh tahan sebab muka dia penuh ngan singgam. Singgam kan melekat dah macam badut aaa member aku tu. Aku pulak ketawa sampai terbahak-bahak, punyer ler suka aku tengok member tu. Alih-alih aku tertelan singgam yang aku kunyah tadik.
Aku terdiam sekejap, member hairan dan tanya kenapa aku senyap. Akupun cakap aaaa yang aku tertelan singgam. " Ayoo..tak tayooo kau kejap lagik mesti mati sebab singgam akan tersekat kat jantung!!!" kata semua kengkawan aku. Aku terdiam. Aku teringat kata mak, kalau tertelan singgam memang boleh mati. Kejap lagik aku meraung sekuat hati "aku nak mati..aku nak mati!!!" sambil berlari pulang ke rumah.

Mak terperanjat besar sebab aku meraung bila balik ke rumah. " Mak orang nak mati... mak orang nak mati sebab tertelan singgam!!!" raungku sambil menangis. Semua jiran kamiterkejut dengan raungan aku tu. Semua orang datang tengok aku meraungsebab ingatkan aku kena gigit tebuan ke. Aku tak lengah lagik amikair sembahyang, pastu sembahyang dengan seluar pendek. Mak heran tengokperangai aku. Orang semua tengok telatah aku masih tu. Aku meraunglepas sembahyang minta mak ampunkandosa. Aku betul-betul ingat aku memang mati ari tu. Takut aku tudiapi-apikan oleh memember yang kata memang mati kalau tertelan singgam. Ada juga orang ketawa, tapi aku dah tak kisah sebab aku ingat bebetul aku dah nak mati. Aku cium tangan mak, aku peluk mak sambil meraung aku nak mati kejap lagi.

Lel
amaaku meraung tu.. aku tertidur sebab letih. Bila bangun tidur, aku heransebab apsal aku tak mati. Aku kena marah ngan ayah sebab makan singgam.Mak pun marah sebab tak mau dengar nasihat dia. Tapi yang paling akumalu ialah semua member ejek aku sebab aku meraung dan menangis.Dioarang gelak bila tengok aku balik terus sembahyang dan berselubung sambil menunggu ajalku diambilmalaikat kononya. Aseh... kalau dulu sepa yang menangis memang kenakutuk aaaa. Pi sekolah semua orang tahu citer aku. Aku malu sebab akumeraung. Budak pompuan semua tahu pasal citer tu, cikgu siap tanyalagik dalam kelas betul ke aku menangis sebab nak mati tertelan singgam. Kira sebulan tu tebal aaa muka sebab kisah singgamtu. Tapi mulai hari tu.. aku dah tak nakal sangat, dengar cakap mak,tak keluar rumah dan selalu tolong mak. Ayah aku kata.. cakap mak akutu berdaulat.. orang degil tu ler balasanya... aku tertawa sendiri bilaingat kisah aku tu. Moralnya cakap mak mesti dengau.. jangan degil-degil.. ahaks!! hamik ko..mhuahahaha...
sumber dari bulletin rakan TAGGED aku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cam ner lerr aku leh terjebak nie...

Isk..isk isk...cam ner lerr aku leh terjebak tuk create blog nie... ni sume sebab aku selalu sangat singah kat blog member2 aku la nie... yg paling aku suker kat cni..


dan yang kat cni
Macam2 buleh dapat info kat blog derang nie... nanti aku upload memacam citer yer...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...